CARA DAFTAR AHLI




Bagaimana Cara Jadi Ahli Forever Living Products? Sebenarnya, nak jadi ahli Forever Living Products Malaysia ni mudah sangat. Kalau anda mula-mula nak beli produk sahaja sebenarnya, tapi bila anda tahu betapa untungnya dan mudahnya jadi ahli ni, anda pasti nak terus daftar ahli. Kalau biasanya daftar ahli anda hanya dapat keahlian atau ‘membership’ syarikat tersebut, tetapi dengan Forever, anda daftar ahli, anda dapat percuma e-voucher pula lagi. Best kan? Nak tahu cara jadi ahli forever living products? Jom baca post teha ni sampai habis 😊


Cara Jadi Ahli Forever Living Products

Ada dua cara untuk anda mendaftar sebagai ahli Forever:


1. Cara Jadi Ahli NOVUS/ Preferred Customer (RM90)

Sekiranya anda ingin mendaftar sebagai ahli NOVUS, atau mulai 1 April 2021 disebut Preferred Customer, anda hanya perlu membayar RM90 . Dengan mendaftar sebagai ahli Novus anda akan mendapat:

  • Percuma E-voucher bernilai RM90
  • Id atas nama anda sendiri dan boleh digunapakai di 169 buah negara
  • Diskaun 5% untuk pembelian semua produk Forever Living
  • Keahlian seumur hidup (tiada renewal fee)
  • Tidak perlu mantain belian setiap bulan

2. Cara Jadi Ahli VIP (RM1729)


Sekiranya anda ingin menjadi ahli VIP, anda hanya perlu membuat pembelian produk Forever bernilai RM1729 setelah mendaftar sebagai ahli NOVUS.

Produk-produk ini anda boleh pilih sesuka hati anda sehinggalah cukup nilainya RM1729 keatas

atau

anda boleh terus mendapatkan set Touch Of Forever yang mengandungi 24 jenis produk terlaris di Forever. TOF ini merangkumi produk from head-to-toe. 

Dengan mendaftar sebagai ahli VIP, anda akan dapat:

  • ID atas nama anda sendiri dan boleh digunapakai di 169 buah negara
  • Diskaun 30% untuk pembelian semua produk Forever Living
  • Keahlian seumur hidup (tiada renewal fee)
  • Boleh menaja orang lain dibawah anda
  • Peluang bonus tambahan 25% daripada belian ahli dibawah anda
  • Tidak perlu mantain belian setiap bulan

3. Keahlian VIP melalui belian terkumpul


Satu lagi cara untuk menjadi ahli VIP ialah melalui belian terkumpul selama 2 bulan berturut. Maksudnya, anda telah mendaftar sebagai ahli Novus dan kemudian membuat pembelian produk sedikit demi sedikit selama dua bulan berturut. Sekiranya belian anda dalam mana-mana dua bulan terkumpul mencecah nilai RM1729, anda akan dinaik taraf sebagai ahli VIP secara automatik dan layak menikmati semua kelebihan sebagai ahli VIP. 

Contohnya: Bulan Mei anda membuat pembelian sebanyak RM1000, bulan Jun sebanyak RM750, jadi anda terus layak menjadi ahli VIP pada bulan itu. 

Jika anda membuat pembelian RM900 pada bulan Mei, dan hanya RM400 pada bulan Jun, anda tidak layak menjadi ahli VIP. Kemudian pada bulan Julai anda membuat pembelian sebanyak RM1350. Jadi belian terkumpul untuk bulan Jun dan Julai mencecah RM1769 kan, jadi anda layak menjadi ahli VIP


Pek Permulaan Ahli Forever Living Products


Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai Ahli Forever Living, dengan hanya RM90, anda dapat semula RM90 dalam bentuk e-voucher dan boleh digunapakai untuk pembelian produk forever living.

Macam dapat keahlian secara percuma pula kan? Ramai yang tak percaya tetapi inilah Forever. Sebab tu Adaa kata, konon nak cuba beli satu botol Aloe Vera Forever Living kan, tapi dek kelebihan yang ditawarkan, akhirnya terus mendaftar sebagai ahli!


KELEBIHAN FOREVER LIVING BERBANDING MLM LAIN


  • Tidak mengenakan syarat pembelian bulanan untuk mengekalkan keahlian
  • Keahlian sah seumur hidup
  • Tidak mengenakan syarat pembelian minima untuk mendapat kelayakan diskaun
  • Tidak menggunakan sistem point (uv / pv / bv / guv dll.)
  • Tidak menggunakan sistem pairing
  • Bukan syarikat orang tengah (ini membolehkan produk-produk premium Forever Living dimiliki pada harga yang sangat mampu milik)
  • Produk-produk Forever Living adalah berasaskan pati aloe vera asli, produk lebah (madu, royal jelly, bee pollen, bee propolis), pati delima asli, minyak ikan Omega-3 dengan gabungan minyak zaitun Omega-9 + vitamin E, skincare & body care (ubat gigi, losyen, deodorant, syampu, sabun – semuanya berasaskan pati aloe vera asli)

Sekarang anda dah tahu bagaimana cara jadi ahli Forever Living Products kan?

Anda pasti berminat untuk menjadi ahli Forever Living dan mula menikmati diskaun apabila membuat pembelian








Tiada ulasan:

Catat Ulasan